Ayie's Pratta Port Dickson Weekend
Ayie’s Pratta – Roti Canai Homemade Setiap Sabtu & Ahad di Port Dickson
Kalau anda sedang cari sarapan pagi ringkas dan dibuat sendiri di Port Dickson, mungkin Ayie’s Pratta boleh jadi tempat persinggahan hujung minggu anda.
Gerai kecil ini beroperasi hanya pada Sabtu & Ahad, dari 7:00 pagi hingga 11:00 pagi. Lokasinya berhampiran Paradise Spa Hotel, Glory Beach Resort, Lexis Hotel serta kawasan Taman Sri Tanjung dan Tanjung Gemok.
Kami sediakan roti canai homemade yang dimasak sendiri setiap pagi. Bukan roti frozen, bukan beli siap. Tapi soal rasa, kami serahkan kepada selera masing-masing. Kami tak pandai nak puji, cuma kami masak dengan tangan dan hati sendiri – insyaAllah ikhlas.
🚶 Walk-In Sahaja
Kami tidak ambil tempahan. Hanya layan pelanggan walk-in. Sambil tunggu roti dimasak panas-panas, boleh sembang santai. Suasana pagi yang sederhana, tapi tenang.
🕘 Waktu Operasi
- Sabtu & Ahad: 7:00 pagi – 11:00 pagi
- Buka juga jika ada cuti umum (public holiday) jatuh pada hari biasa
📍 Lokasi
Ayie’s Pratta terletak berhampiran:
- Paradise Spa Hotel
- Glory Beach Resort
- Lexis Hotel
- Taman Sri Tanjung & Tanjung Gemok, Port Dickson
📞 Hubungi Kami
WhatsApp: 011-7077 5369
(Untuk pertanyaan sahaja. Kami tidak ambil tempahan.)
Cari Roti Canai Buatan Sendiri di Port Dickson?
Ayie’s Pratta bukan tempat viral, tapi kami usahakan apa yang kami mampu – roti canai yang dibuat sendiri, dari awal hingga siap, untuk dinikmati waktu pagi. Bawa keluarga, bawa kawan, datang awal pagi. Siapa cepat, dia dapat.
Jumpa hujung minggu ni di Ayie’s Pratta, Port Dickson. InsyaAllah 😊



Comments
Post a Comment