Hari Ini Segala nya Esok Belum Pasti
Hari Ini Lebih Hebat
Hari ini adalah hari yang hebat.
Kenapa hari ini lebih hebat dari esok?
Kerana hari ini Allah masih beri peluang — ada nyawa dan kehidupan.
Semua cabaran, kepayahan dan kesusahan itu adalah perlu untuk menyediakan diri agar jadi insan yang lebih kuat.
Kuat macam mana?
Kuat melalui kehidupan yang masih diberikan kesempatan — walau dalam apa keadaan sekali pun.
Pokok pangkalnya: diri kita sendiri. Sanggup lalui atau tidak?
Ramai yang tak sanggup.
Susah sikit — give up.
Susah sikit — mengeluh.
Susah sikit — berhenti.
Maka, terlepaslah peluang untuk top up potensi diri.
Namun, ada juga segelintir yang tabah.
- Susah pun dia buat.
- Susah pun dia terus belajar.
- Susah pun dia terus istiqamah — sampai berjaya.
Matlamat adalah tujuan perjalanan.
Cabaran dan dugaan adalah alat untuk bentuk kita jadi insan yang selayaknya dikalungkan dengan ucapan tahniah apabila sampai ke garisan destinasi.
Destinasi mana?
Sudah pastilah destinasi Dunia yang sementara dan Akhirat yang kekal selamanya.

Comments
Post a Comment