Main Baling Tin Susun Tin Kenangan Ukwah Dahulu
Main Baling Tin Susun Tin 🪀🏃♂️🏃♀️
Permainan Baling Tin Susun Tin memang dah wujud sejak zaman Pakcik, Makcik, Abang, Kakak saya dahulu. Dulu bola dia orang buat sendiri, daripada lilitan "Segerap" atau nama glamournya Masyoq 😅
🤔 Apa tu Masyoq? Ia adalah getah susu yang dah beku di pelan pokok selepas toreh getah. Baunya... fuhhh "melantun"! 😅 Tapi itulah nostalgia. Tiada yang lama, tak adalah yang baharu. Haa... gitu ❤️
Kenangan Zaman Sekolah Rendah Tahun 80an 📚
Zaman saya sekolah rendah di kampung, memang bebas dari gajet. Balik sekolah, mandi, makan, solat, buat kerja sekolah... kemudian petang, masa untuk bermain! 🎉
Bersama kawan-kawan, sepupu, kakak, abang dan jiran tetangga. Tak kira umur, semua happy main ramai-ramai di halaman rumah. Dalam satu kawasan tu ada 5 ke 6 biji rumah, semua ada laman masing-masing. Besar sungguh kawasan permainan kami 😍
🧒👧 Tak macam sekarang, sebab sekarang dah ada pagar sana sini. Dulu? Bebas menyelinap, berkejar-kejaran, siapa licik lari... memang ada kelebihan!
Permainan Ikut Musim – Masa Tu Musim Baling Tin 🎾
Kami panggil bola tenis tu sebagai bola roundes. Permainan biasa akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan diketuai oleh seorang yang paling lincah 💨
Lagi ramai lagi best! Kadang satu kumpulan sampai 12-13 orang. Meriah sungguh!
😅 Gaduh tu biasa… masa tengah game memang ada jerit, tarik suara, dan tension. Tapi lepas tu? Ketawa sama-sama, ingat balik insiden tadi – gelak sampai senak perut 😂
Eh, Macam Mana Main Baling Tin Ni? 😎
Macam mana peraturannya? Apa jadi kalau bola terkena badan? Siapa susun tin balik? Haa... nanti saya akan sambung kisah ni dalam artikel seterusnya ya 🙌
Sebelum tu, jemput komen di blog ni kalau korang ada pengalaman main permainan ni. Nak tahu juga cerita dan ragam dari kampung korang ❤️
#NostalgiaKampung #BalingTin #MainZamanDulu #UkhwahZamanKanakKanak #SisiHidupKita #NazriAlinazz

Comments
Post a Comment